POKOK-POKOK DALAM HATI



Di antara sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, ada sifatmazmumah yang dianggap sebagai pokok. Mazmumah yang pokok inimembuahkan banyak sifat-sifat mazmumah yang lain.

Di antaranyaialah pokok sombong (kibir atau ego). Pokok sombong ini membuahkansifat marah, pendendam, panas baran, kasar, tidak suka memberi maaf,tidak suka meminta maaf, tidak taat, ujub, riyak, sum'ah, zalim, rasadiri mulia, tinggi diri, suka bermegah-megah dan sebagainya.

Sombongadalah sifat mazmumah yang pertama yang Tuhan ciptakan. Makhluk yangpertama dijangkiti sifat ini ialah Azazil. Justeru itu dia tidak mahusujud kepada Nabi Adam apabila diperintah oleh Tuhan. Bukan itu sahaja.Di sebabkan sifat sombong yang keterlaluan ini, Azazil rela dilaknatoleh Tuhan dan bakal dihumban ke dalam neraka. Apabila dia diberitakanoleh Nabi Musa, Tuhan akan ampunkan dia kalau dia mahu sujud kepadakubur Nabi Allah Adam, dengan sombong dia berkata: "Masa dia hidup punaku tidak sujud, inikan pula selepas dia mati."

Disebabkan sifatsombong ini seperti pokok, ia sangat sukar untuk dihapuskan daripadahati-hati manusia kerana dia berakar umbi di situ. Imam Al Ghazali adamengatakan bahawa hampirhampir mustahil sifat sombong ini dapatdihapuskan sepenuhnya dari hati-hati manusia. Paling baik, ianya hanyaboleh dikurangkan.

Ulamak-ulamak sufi zaman dahulu yang telahberjaya bermujahadah memperbaiki diri mengatakan bahawa sifat mazmumahyang paling akhir sekali keluar dari hati ialah sombong.

Satulagi sifat mazmumah yang pokok ialah cinta dunia. Pokok cinta dunia inimembuahkan sifat bakhil, tamak, haloba, hasad dengki, gila pangkat,gila puji, khianat, penting diri, berkira dan berbagai-bagai lagi.Sifat cinta dunia ini adalah kepala atau ibu segala maksiat.

Kalaupokok sombong dan pokok cinta dunia ini dibiarkan hidup subur, selagiitulah dia akan menghasilkan berbagai-bagai buah mazmumah seperti yangdisebut tadi. Bagaimanapun kita bermujahadah untuk membuang sifat-sifatmarah, pendendam, kasar, riyak, ujub, sum'ah dan sebagainya, kita tidakakan berjaya. Ini kerana sebanyak mana pun sifat mazmumah itu yang kitabuang, sebanyak itu pulalah pokok sombong di hati kita itu akanmenghasilkan buah yang baru sebagai ganti.

Begitu juga,bagaimanapun kita bermujahadah untuk membuang sifat-sifat bakhil,tamak, haloba, hasad dengki, gila pangkat dan sebagainya, kita jugatidak akan berjaya. Banyak lagi sifat-sifat tersebut akan dihasilkanoleh pokok cinta dunia yang subur di dalam hati kita itu.

Untukmendapat kesan yang baik dari mujahadah, tidak cukup hanya denganmembuang buah-buah mazmumah hasil dari pokok sombong dan pokok cintadunia ini. Apa yang perlu kita buat ialah pokok sombong dan pokok cintadunia itu sendiri perlu dicantas dan ditebang. Mula-mula dicantasranting-rantingnya di mana buahnya berputik. Kemudian dicantasdahannya, dan selepas itu ditebang batangnya sehingga yang tinggalhanya tunggulnya sahaja.

Tunggul tidak boleh menghasilkan buah.Kalaupun dia bertunas kembali, mudah sahaja tunas itu boleh kita buangdan kita patahkan. Untuk mencabut tunggul sombong dan cinta dunia itudengan akar umbinya sekali mungkin susah. Memadailah kalau ianya dapatdicantas dan ditebang hingga ke tunggul. Yang penting, jangan diaberbuah.

Kalau pokok sombong dan pokok cinta dunia ini berjayaditebang, maka dengan sendirinya sifat-sifat mazmumah yang merupakanbuahnya akan lenyap sama sekali, Inilah jalan dan cara yang berkesanuntuk bermujahadah membuang kebanyakan sifat-sifat mazmumah yang adadalam hati kita.

Di antara sifat-sifat mahmudah pula, ada jugasifat mahmudah yang dianggap pokok. Mahmudah yang pokok ini membuahkanbanyak sifat mahmudah yang lain. Di antaranya ialah sifat sabar. Pokoksabar membuahkan sifat kasih sayang, penyantun, pemaaf, tolak ansur,lapang dada, redha, timbang rasa, lemah lembut, simpati, mengutamakanorang lain dan sebagainya.

Untuk menghias hati dengansifat-sifat mahmudah sama caranya dengan membersihkan hati darisifat-sifat mazmumah iaitu dengan bermujahadah. Jalan paling mudahuntuk mendapatkan semua sifat-sifat mahmudah seperti yang disebut diatas ialah dengan menyuburkan pokok sabar di dalam hati. Bila pokoksabar subur, ia dengan sendirinya akan membuahkan berbagai-bagai sifatmahmudah yang lain.

Rumusannya, dalam usaha memperbaiki diri,pokok sombong dan pokok cinta dunia perlu terlebih dahulu dibenterasdan pokok sabar perlu terlebih dahulu dipupuk di dalam hati. Dalambermujahadah perlu kita beri perhatian kepada pokok dan bukan buahnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komentar:

Sang Perempuan mengatakan...

manusia memiliki sifat sombong dan ingkar,
namun Sujud adalah mampu mengurangi sifat tersebut.

Posting Komentar