Kepadamu yang akan menjadi
pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan
bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu
tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya
ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu
banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah,
kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu
menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan
marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah
pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan
begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka
aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus
meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal
dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk
menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku
tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku
tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena
semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur
karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu
letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun
lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada
lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau
adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana
ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu
tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan
penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk
dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan
dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu
memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan
mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan
penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan
kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk
menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah
hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di
telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku
lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali
perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa
sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak
akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau
kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih
mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih
mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam
amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku
tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan
menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan
memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus
akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang
selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus
bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..